Home > Online Games > Anak Kandung vs Anak Maya?

Anak Kandung vs Anak Maya?

Rasa sayu bercampur marah pula bila membaca, mendengar atau terdengar kisah di TV, dada akhbar atau kisah melalui rakan-rakan ‘gosip’ mengenai kes buang bayi yang semakin menjadi-jadi .. T_T  Hmm..apa nak jadi dengan orang zaman sekarang yang kononnya semakin berilmu, semakin maju tetapi masih tidak berperikemanusiaan. Bukan mahu membebel tetapi  realitinya amat sedih untuk diterima. Anak kucing pun saya tak sanggup nak hantar ke pasar untuk dibuang apatah lagi bila mendengar tentang nasib anak manusia yang dibuang sesuka hati.

Teringat pula saya dengan sebuah kisah yang dilaporkan di Seoul, Korea mengenai sepasang suami isteri yang asyik, leka dan ketagih bermain permainan dalam talian sehingga membiarkan anak kandung sendiri terabai kerana terlampau taksub membesarkan anak maya dalam talian. Aneh bukan? Tapi itulah realitinya. Permainan dalam talian yang dikenali sebagai Prius Online itu membuatkan mereka taksub sehingga sanggup ‘bersidai’ seharian di kafe siber.

Anak maya mereka sihat wal afiat tapi anak sendiri pula mati kerana kekurangan zat, diberi susu tepung yang sudah expired dan sering pula dipukul. Tragedi ini sesuai sangatlah kalau diumpamakan seperti “kera di hutan disusui, anak sendiri di rumah kebuluran”.

Apa yang telah berlaku itu adalah merupakan satu contoh bagaimana malangnya apabila pengguna Internet membiarkan diri mereka dikuasai oleh teknologi. Segalanya bermula daripada tiadanya kesedaran dan batasan dalam berhibur. Dan teknologi yang asalnya bertujuan untuk memakmurkan komunikasi sejagat, akhirnya disalahgunakan hingga membawa padah, bahkan hingga menyebabkan seorang anak terkorban.

Khusus kepada para ibu bapa, berpada-padalah dalam memanfaatkan Internet. Janganlah terlalu leka dengan yang maya sehingga lupa kepada yang kandung dan nyata.

Categories: Online Games
  1. RoboCop
    June 7, 2010 at 12:41 pm

    great posting..keep it up..🙂

    • kucingtersepit
      June 9, 2010 at 11:59 am

      Thanks RoboCop.. appreciate your comment..🙂

  2. hacker noob
    June 11, 2010 at 3:49 pm

    nice article…=)

    • kucingtersepit
      June 14, 2010 at 10:35 am

      Thanks Hacker Noob.. =)

  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: