Home > Facebook > Sick pervert!

Sick pervert!

Hello. Hari ini saya berasa sangat teruja kerana entri ini merupakan entri saya yang pertama. Haha! Oleh itu, saya nak cerita mengenai diri saya sikit. Saya ni dalam proses untuk menguruskan badan dan meningkatkan stamina diri.  Banyak jugalah aktiviti fitness yang saya buat.  Antaranya lari keliling bangunan tempat saya bekerja sebanyak 5 pusingan dan naik turun tangga 5 kali. Tersangatlah penat. Haihh.. Tapi takpalah kan? Ini untuk kebaikan diri sendiri juga. Kadang-kadang ada juga saya berlatih kat gym..guna treadmill machine, bicycle dan macam-macam mesin lagi.

Nak dijadikan cerita.. ada satu hari ni.. saya pergi gym dengan kawan saya selepas senaman aerobik. Ada seorang lelaki ni sedang guna mesin treadmill. Seperti tiada apa berlaku kami teruskan aktiviti kami. Kawan saya dok mengayuh basikal. Saya pula menggunakan elliptical machine sehingga berpeluh2. Tiba2 kawan saya bagi isyarat kat saya dengan memuncung2kan mulut ke arah lelaki yang guna treadmill tu tadi. Rupanya2 sejak kami memasuki gym dari tadi, lelaki tu asyik memandang kami mcm nak makan (sick pervert style lah kan). Takut betul! Setiap kali dia bertukar mesin kat gym tu, dia tetap merenung kami. Ey takut! Bukan apa.. hanya kami bertiga sahaja di situ. Apa2 pun boleh jadi kan? Nasib laa beberapa minit selepas tu ada sorang mamat ni masuk gym. Lelaki pervert tu terus ambil beg dia dan blah dari situ.. Haihhh..:\ Apa la yang dia fikir sebenarnya..

Hurmm.. Malam tu sebelum tidur, saya terfikir.. apa akan jadi kalau mamat pervert tu betul-betul nak cari saya? (simpang malaikat 44!!!) Kaedah paling mudah ialah dia cuma perlu dapatkan apa2 ID yang saya gunakan di Internet. Macam mana dia nak cari? Itu saya tak tau arr.. Maybe curi2 tengok kat log pendaftaran gym ke. :p Lepas tu dia cuma perlu cari ID saya di Facebook. Katakanlah saya gunakan ID yang sama macam kat Facebook. Dah tu pulak, saya letak profile picture. Habis laaa. Terus confirm tu memang saya. Dari Facebook saya tu, senang2 je dia boleh dapatkan nama penuh saya, nombor HP saya, alamat rumah (!!) dan status yang mengatakan saya keseorangan di rumah. Aaaaa…. saya nak delete Facebook saya sekarang gak!!!

Aaa… ok ok.. taknak emo2. Cuma saya rasa kebimbangan saya ni tersangatlah valid! Bukan saya nak mintak betul2 jadi, tapi tidak ke aniaya kalau dia datang rumah saya dan buat perkara yang tak senonoh kepada saya? Takutnya!! Macam-macam jenayah boleh berlaku.

These are the things that we all need to be aware of. Most people often choose not to think about what could have been and living their lives believing that it will never happen to them. Guess what, buddy, everything is possible these days. Like they used to say – “the Internet is forever”. Whatever you posted online will remain online. And that would include all your personal details!

Jangan sampai dah berlaku sesuatu barulah kita nak ambil tindakan. Bak kata pepatah, sudah terhantuk baru tengadah. Cewahhh. Oleh itu, janganlah terlalu mendedahkan maklumat peribadi kita di Internet bagi mengelakkan perkara tak diingini berlaku. Oklah. Penat dah membebel. Jumpa lagi next entry.

tata. pis (*_^)V

Categories: Facebook
  1. June 6, 2010 at 5:02 pm

    Gud Entry Cik ketam… tula saya nak tulis komen ni pun risau… sebab kena letak nama dan email… cam tak secure je rase… senang citernya… jgn terlalu memikirkan safety kalau terlalu memmikirkan satu haper pun tak jadik..dan jgn pula tak memikirkan safety langsung.. mengundang bahaya pulak… so..yang sedang2 saja bak kater iwan dangdut… Cik ketam jgn la asyik tulisan jer.. tepu nak baca bagi la gambar2 sikit… bleh segarkan mata…

    p/s semua benda dalam hidup atau sesuatu perkara perlu ada HIRARC

    apa tu HIRARC? 1. Hazard Identification (HI)
    2. Risks Acessments (RA)
    3. Risk Control (RC)

    renung2kan..?

    • ket@mjLnLuRus
      June 9, 2010 at 3:51 pm

      errr..cik bemie, terima kasih kerana memberi komen. setahu saya HIRARC ni ialah basic kepada Occupational Safety and Health (OSH). cik bemie tentu lebih arif mengenai perkara ini. saya hanya menyatakan perasaan saya shj..terpulang pada masing2 untuk menilainya..mengenai gambar tu, insyaAllah saya akan letak gambar pada next entry. terima kasih

      • June 11, 2010 at 6:31 am

        pada saya internet adalah hazard… sebab tu kiter tau bagaimana cara menggunakan internet secara selamat…

        • ket@mjLnLuRus
          June 11, 2010 at 11:36 am

          pada pendapat ketam, internet bukan lah sesuatu yg hazard jika kita pandai gunakan nya..ape yang penting jgn terlalu mendedahkan diri kita secara detail kat internet..

  2. June 6, 2010 at 5:07 pm

    hai ketam jalan lurus..keke..ape da ketam jalan lurus….. wah ngeri kan ade org pandang2 kite…..nasib baik die belah dari situ…..tp kn …..elok ketam letak gambar2 dalam entry ketam coz xde la sy mengantuk nak bace entry…hahah…nie hari nie masuk hari ke tiga sy baca entry ketam….coz baru bace sket dah tetido…sok nye sambung lagi…kekekkeke………sampai la ari nie…..baru abis…hahha…. so padapendapat sy….blog nie suram..hahah…elok letak banyak gambar n wieget,….baru nampak wow…..templet tukar la….kekkeke…k la…assalamualaikum…….. jgn lupe ge blog sy…….hihihi

    • ket@mjLnLuRus
      June 9, 2010 at 4:27 pm

      hahaha..lawak2..sampai macam tu skali..boring ya takda gambar..takpa nanti pada entri akan dtg saya akan letak lebih byk gambar2 menarik..btw kami dah letak widget chat box meebo kat home page.cik hanz boleh la mengutarakan pendapat, komen atau cadangan disana. terima kasih

  3. Pengkritik Tetap
    June 8, 2010 at 3:41 pm

    Cik Ketam…boleh tak guna bahasa Malaysia/Melayu dengan betul, jangan campur aduk dengan bahasa Inggeris. saya tahulah cik Ketam pandai berbahasa Inggeris sampai tersasul tulis perkataan bahasa Inggeris apabila menulis dalam bahasa Melayu/Malaysia.🙂

    • ket@mjLnLuRus
      June 9, 2010 at 4:33 pm

      cik pengkritik tetap..terima kasih beri pandangan..utk pengetahuan pengkritik, saya selesa dengan penggunaan bahasa campur aduk..nanti boleh saya pandai dua2 bahasa..:P😀 mungkin saya akan selitkan bahasa lain pula nnt..hehe

      • June 11, 2010 at 6:35 am

        pada saya penulisan blog yg bersahaja atau santai tak perlu menggunakan bahasa yg terlampau formal… maksud saya kalau rase nak campur.. campur je… mungkin dgn cara tu.. pembaca lebih mudah untuk faham… dan lebih mudah mendekati anda.. peace..heheheh…

  4. ket@mjLnLuRus
    June 11, 2010 at 11:32 am

    bemie..ketam pun rasa macam tu..nanti kalau skema sgt takda org nak baca pula..:D

  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: