Home > Awareness, Online Games > Apabila Cuti Sekolah Bermula

Apabila Cuti Sekolah Bermula

Apabila mula saje cuti sekolah, ramai la yang menjemput untuk mengadakan majlis perkahwinan. Minggu pertama, saya sekeluarga dijemput menghadiri kenduri di kampong. Sepupu mengahwinkan anak. Saya bukan tua sangat tapi saya berkahwin dengan anak bongsu kepada bapa mertua yang juga anak bongsu. Tuan rumah pula anak sulong kepada abang sulong bapa mertua saya.

Saya perhatikan tiada lagi kemeriahan seperti ingatan saya. Tiada saudara mara berkampong membantu mengadakan persiapan untuk majlis perkahwinan tersebut. Tiada lagi kanak-kanak berlari-larian bermain police sentry atau kejar-kejar mahupun kanak-kanak perempuan bermain batu seremban atau pun bermain getah. Apabila malam menjelang, anak-anak mengerumuni saudara mara yang lebih tua bercerita perihal zaman dahulu sama ada sejarah pembukaan kampong mahupun sejarah kemerdekaan atau pun hanya cerita rekaan untuk menyedapkan rasa dan membuatkan kanak-kanak ini alpa dengan dunia luar. Semuanya akan mencari tilam atau tikar tidur bergelimpang mengikut sepupu atau pun mengikut keluarga masing-masing. Sekarang apa yang saya perhatikan, tiada lagi suasana kemeriahan sebegitu.

Tiada apa lagi yang boleh dilakukan beramai-ramai. Semuanya diuruskan oleh Pengurus Acara ataupun katerer. Anak-anak pula akan masuk bilik bermain permainan dalam talian di komputer atau PS2. Tiada lagi percampuran, pergaulan dengan rakan baru mahupun bersembang dengan rakan taulan. Satu fenomena yang saya rasa kurang sihat kerana generasi baru kini akan menyendiri dan tidak lagi bercampur dengan orang lain kecuali dengan Internet atau dengan rakan maya. Adakah mereka akan merasai apa yang pernah saya lalui sebelum ini?

Bagi ibu-bapa perhatikan apa yang diakses oleh anak-anak di alam maya. Jangan dibiarkan mereka mengembara ke alam maya tanpa pemerhatian kita. Ajar anak-anak cara yang selamat untuk mengakses Internet. Mulakan dengan berkongsi dengan anak-anak apa yang mereka mereka lalui di alam maya. Ajar mereka bahawa apa saja yang betul atau salah di alam nyata; samalah juga keadaannya di alam maya. Sekiranya kita melanggar undang-undang, kita masih boleh didakwa walaupun kesalahan itu dilakukan di Internet. Untuk mengetahui lebih banyak tips sila layari laman web ini.

Categories: Awareness, Online Games
  1. No comments yet.
  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: