Home > Awareness, Mobile > iPhone baru bakal tiba Jun/Julai 2010?

iPhone baru bakal tiba Jun/Julai 2010?

Ada macam-mana cerita sekarang ni berkenaan iPhone baru yang dikatakan akan dikeluarkan tidak lama lagi. Banyak sumber cakap pertengahan Jun atau Julai 2010. Tak kisahlah, apa-apa pun khabarnya iPhone baru ni akan menampilkan macam-macam pembaharuan seperti:

  1. Kamera kat bahagian depan (khusus untuk video chatting).
  2. 64GB memory (standard dah up jadi 32GB).
  3. Bateri yang lebih besar.
  4. Multi tasking.

Ada pelbagai features baru lagi, tapi saya rasa multi tasking tu yang paling penting. Tak senonoh betul rasanya kalau nak tukar application, kena quit pulak application lain yang tengah running. Even BlackBerry cap ayam pun tak macam tu.

Dua minggu lepas, rangkaian pasar raya Wal-Mart (yang besar gila kat US tu) dah turunkan harga iPhone 3GS 16GB sehingga USD100!! Sampai harganya tinggal USD97, atau kira-kira RM323.54 sen. Kahkahkah.. iPhone apa tu?? Memang murah betul! Tapi kat sana pun macam kat Malaysia gak.. telefon murah tapi kena kontrak 2 tahun. Tapi still OK sangat-sangat tu. RM330 dapat iPhone. Sapa-sapa ada kawan kat US, bolehlah kirim, kalau nak pakai iPhone yang bakal jadi model lama.

Biasanya kalau Wal-Mart dah slash harga barangan elektronik, tu maknanya model baru barang tu dah tak lama lagi nak keluar la tu. So, kepada peminat tegar iPhone, bersiap sedialah. Ikat perut la bermula gaji Jun 2010 nih. iPhone yang korang ada sekarang ni, boleh bagi kat adik-adik buat main atau bagi kat nenek di kampung.

Gambar ni dari blog Gizmodo.com yang claim beli prototaip iPhone 4G ni dari mamat yang jumpa kat bar mana tah. Rupanya memang kisah benar. Kat Wikipedia ada lapor pasal hal ni. Lepas habis godek, akhirnya Gizmodo kena pulangkan balik kat Apple.

Tak kisahlah semua tu. Berbalik kepada kisah iPhone baru tu, saya cuma harap dengan adanya kamera kat bahagian depan iPhone tu nanti, takde la pulak semakin galak gejala 3gp-melayu-tudung..😛 (dalam kes iPhone, perhaps it’s mov-melayu tudung..) Bukan apa.. budak-budak sekarang ramai yang makin biul. Takut nanti makin seronok pulak nak rakam diri sendiri depan iPhone.  Tak salah nak rakam atau ambil gambar sendiri. Yang jadi masalah tu kalau rakam masa tak pakai baju/seluar. Sedangkan kamera kat belakang HP pun ada gak yang bersusah payah rakam diri sendiri telanjang. Rasanya, korang pun tahuuu.

Hati-hatilah dalam menggunakan gadget canggih-canggih ni. Jangan tergedik-gedik sangat sampai tersilap ambil gambar, lepas tu terlepas dari tangan, langsung terus menyesal berpanjangan. Hati-hati juga bila lepak berhampiran dengan budak-budak biul yang guna HP berkamera especially ladies yang suka pakai baju seksi meksi tu.  Takut gambar korang kena ambil tanpa disedari. Tahu-tahu esoknya dah masuk bawah keyword 3gp-melayu-tudung.😀 Macam mana nak tahu seksi ke tak? Kalau nak tunduk ambil lauk sampai terpaksa pegang pangkal baju tu, tandanya dah seksi sangat la tuu..

p/s: ramai orang kata iPhone adalah smartphone pilihan utama golongan gay.. betul ke? pengguna iPhone janganlah marah, orang yang kata.. bukan saya..😛

Categories: Awareness, Mobile
  1. Pengkritik Tetap
    June 7, 2010 at 5:15 pm

    …pakai iphone pun seksi gak bang! auwwww

  2. June 7, 2010 at 9:42 pm

    Tak Penah dengar pulak.. klau pkai iphone tu gay… bistu… lelaki normal nk pkai apa? HTC? Blackberry? Ke Nokia 3310 baru Macho?… hehehehe

    • June 9, 2010 at 11:21 am

      tulah.. mmg tak senonoh diorang tu.. macam la gay tak pakai BlackBerry.. rasanya apa HP pun ada je gay yang pakai.. hahaha..

  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: