Home > Awareness, Google, Internet > Google si durjana telah menodai kata nama yang tidak bersalah..

Google si durjana telah menodai kata nama yang tidak bersalah..

Petang tadi selepas meeting, sambil menikmati juadah laksa, rakan saya bercerita tentang pengalaman “ngeri” seorang mak cik yang dikenalinya yang melayari Internet untuk mendapatkan maklumat berkenaan permohonan masuk ke sekolah teknik. Barangkali untuk anaknya. Mak cik tu menggunakan enjin carian Google dan memasukkan kata kunci yang terlalu umum iaitu “teknik” dengan harapan Google akan menyenaraikan segala macam maklumat berkenaan sekolah teknik. Nyatalah mak cik itu terlalu naif dengan manipulasi kata kunci Google yang telah sekian lama menodai dunia Internet. Terkejut besar mak cik tu bila melihatkan hasil carian yang dipaparkan oleh Google sangat tersasar daripada jangkaan beliau. Hanya hasil carian pertama saja yang merujuk kepada”permohonan kemasukan ke sekolah menengah teknik..”. Sambil gigih menghirup kuah laksa (dan pura-pura tahan pedas), rakan saya tu cuba melakonkan semula gaya mak cik tersebut yang mengulas, “Mak cik cari pasal sekolah teknik, tengok-tengok segala macam teknik yang keluar..”😛

Korang boleh cuba sendiri di Google. Dan ada banyak lagi kata nama Bahasa Melayu yang sememangnya innocent namun telah ternoda dek Google. Sakit hati betul apatah lagi kata kunci semudah “melayu” kini telah dikaitkan dengan pelbagai jenis laman sampah. Langsung terkenang kembali di zaman Yahoo! menguasai Internet sekitar 12 tahun yang lalu. Kata kunci “melayu” menerusi Yahoo! pada masa itu akan mengembalikan hasil carian yang berkualiti dan benar-benar berkenaan dunia dan masyarakat Melayu. Apa-apa pun, dunia dah lama berubah. Google kini enjin carian pilihan utama pengguna Internet. Ini hakikat yang perlu diterima. Namun ada pengajaran di sebalik apa yang menimpa mak cik tu sebenarnya. Barangkali masyarakat khususnya golongan yang lewat mengenali dunia Internet, perlu dididik dengan ilmu carian yang betul. Paling asas sekali, mereka hendaklah dimaklumkan bahawa kata kunci carian yang spesifik akan membantu mengembalikan hasil carian yang lebih terfokus dan memenuhi kehendak sebenar. Misalnya, kesilapan mak cik tu hanyalah kerana tertinggal kata nama “sekolah” atau frasa “kemasukan sekolah” untuk dipadankan dengan kata kunci “teknik” tadi (anak mak cik tu pun samdol takleh pakai, ada ke biar mak dia lak dok kalut cari info.. sapa yang nak sekolah ni?? karate kang..).

Pada pendapat saya, beban untuk mendidik masyarakat pengguna Internet (terutamanya bagi kategori orang tua-tua. atau berjiwa tua.. :P) dalam hal yang asas sebegini sepatutnya digalas oleh kedua-dua pihak iaitu pengguna itu sendiri dan juga pihak kerajaan menerusi pelbagai agensi miliknya yang relevan. Pada masa ini mungkin sangat sukar untuk menyekat kewujudan laman-laman sampah yang bersepah-sepah di Internet. Apa yang kerajaan boleh buat dan patut lipatgandakan pada masa ini ialah berusaha untuk mendidik pengguna. Tapi sama-samalah kena proaktif. Sama-samalah kena giat nak mendapatkan ilmu dan menyebarkan ilmu! Kalau nak kata tak cukup agensi, pusat atau  institusi yang boleh mendidik berkaitan Internet, cuba la korang tengok sendiri. Agensi apa lagi yang tak ada kat Malaysia ni? Kita ada SKMM, MIMOS, MSC, CSM, MDC dan mungkin ada lagi yang lain! Agensi nuklear pun ada kat Bangi sana tuu!!😛

Oklah, dah ngantuk nak tido. Salam 1Karipap! Gudnite.

p/s: Tapi kan.. hmm.. cerita rakan saya tu lebih kepada bersangka baik. Mana kita tahu, entah-entah memang “teknik” tu yang mak cik tu cariii.. Huhuuu…😀

Categories: Awareness, Google, Internet
  1. Pengkritik Tetap
    June 9, 2010 at 8:58 am

    …inilah namanya kreatif tak bertempat. golongan yang membina laman sesawang sampah ini sentiasa berusaha untuk mengelak daripada dijejaki oleh pihak berkuasa jadi mereka memanipulasi setiap perkataan untuk dijadikan kod yang boleh diterima pakai oleh golongan sewaktu dengan mereka. oleh yang demikian, pihak berkuasa seharusnya lebih kreatif daripada ‘golongan sampah’ ini dan jangan terlalu bergantung kepada perkataan lazim yang selalu digunakan sebelum ini…

    …emm, silalah Google kalau nak tengok sejauhmana hancur punahnya perkataan “MELAYU”…

  2. ket@mjLnLuRus
    June 9, 2010 at 12:02 pm

    sedih jugak bila dpt tau perkara mcm ni..malu pun ada..mcm mana kalau betul2 ada org yg nak buat research mengenai melayu..tup tup cari kat google search keluar mcm ni..mau tak terperanjat…terus orang berpandangan negatif terhadap bangsa melayu..haih..apa la nak jadi budak2 zaman sekarang..(mcm la dah besar sgt kan ckp camni :D)

  3. Pengkritik Tetap
    June 9, 2010 at 2:40 pm

    …realiti yang terpapar dalam Google sedikit sebanyak adalah tayangan realiti sebahagian Melayu hari ini terutamanya generasi muda. bukan salah teknologi (komputer dan telefon bimbit) mahupun Google yang menjadi medan terpampang semuanya ini tetapi salah kita yang telah menyalahgunakan teknologi masa kini. jadi kita jugalah yang harus membetulkannya…

  4. Bafokeng
    July 8, 2010 at 6:35 pm

    Tu namanya silap teknik..huhu!

  5. ket@mjLnLuRus
    August 10, 2010 at 5:59 pm

    haha..saya dah terkena..saya nak google padanan yang terbaik untuk private & confidential dalam bahasa melayu..nak tau apa yang ada dalam senarai keputusan (google result) tu? “alat sulit dan persendirian” hadui..sabar je la

  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: