Home > Awareness, Internet > Hai kereta mini.. kereta mini..

Hai kereta mini.. kereta mini..

Semalam balik dari kerja, dah malam. (Wah pekerja contoh. Not! Kerja tak habis ;-P. kena siapkan semua sebelum audit bermula).

Ada satu kereta mini warna putih, wah cantik nya.. tak dapat beli sendiri, tengok orang punya jadik la… boleh juga berangan. Tapi cara pemanduannya, Ya Allah… asyik-asyik masuk laluan orang. Suka-suka hati je dia masuk tak bagi isyarat ke kanan atau ke kiri. Tenung punya tenung patut la… bodoh sangat (eh…boleh ke cakap macam ni? Wicked!) rupanya ada tinted screen. Dah malam patut buta! Itu sebabnya kerajaan adakan undang-undang. Kalau nak pasang cermin gelap jangan la menyusahkan orang. Ketelusan cahaya masuk ke dalam kereta perlu la ikut peraturan JPJ. Habis semua orang nak dilanggarnya. Ini antara orang yang khilaf dalam dunia ni. Dah ada undang-undang tapi langgar.

Di alam siber pun kita sama je. Yang terlebih pandai akan kata kita ada Bill of Guarantee no 7. “To ensure no censorship of the Internet”. Tapi menurut laman web ini undang-undang tidak boleh dilanggar sebarangan macam kereta mini tu.

Menurut laman web ini lagi:

“While the Government will not censor the Internet, this does not mean that any person may disseminate illegal content with impunity and without regard to the law. To the extent that any act is illegal in the physical world, it will similarly be outlawed in the online environment. Hence, laws prohibiting dissemination of, for example, indecent / obscene or other illegal materials will continue to apply. In this regard, relevant ministries and agencies will continue to take appropriate actions and enforce those laws that are under their respective purview.”

Kementerian dan agensi yang bertanggungjawab adalah Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan serta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia. Ha… apa cerita? Nak cuba-cuba langgar undang-undang? Wah macam Mak Nenek. Nak buat macamana… dalam dunia ni ramai sangat yang nak buat undang-undang sendiri. Belajar tak habis terus tunjuk pada orang lain. Dia sebenarnya tak sedar, dalam masa yang sama dia tunjuk 4 jari ke arah diri sendiri. Sampai sembang yang lain. “For me to know, you to find out”!

Categories: Awareness, Internet
  1. No comments yet.
  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: