Home > Awareness, Facebook > A Friend In Need Is A Friend Indeed

A Friend In Need Is A Friend Indeed

Facebook..Facebook..Facebook… Kebanyakan daripada kita akan memulakan rutin harian dengan menghadap laman sosial Facebook. Dalam sehari agaknya berapa jam yang kita habiskan untuk berFacebook atau lebih glamour lagi berFB..😀 Hari ni nak tulis apa kat status? Nak masak apa kat Café World? Spaghetti ke Laksa?? (macam la ada laksa kat situ..) Apa dah jadi dengan ikan Nemo aku ek? Dah mati ke sayur kangkung yang aku tanam kat Farmville tu? (eh, ada ke sayur kangkung kat Farmville tu?hee.. :P) Sebelum nak keluar rumah wajib berladang dulu.. Masa saya mula mengenali Facebook, pelik juga bila ada rakan-rakan yang tinggal di tengah-tengah bandar, tapi dalam ‘status’ tulis nak pergi berladang.. hehe..Terpikir jugak, agaknya rumah dia rumah banglo kot, kawasan luas.. hehe.. naïf sungguh saya ketika itu.

Tetapi, sebelum tu, lepas kita log masuk je (perkataan lain untuk login :P)  ke akaun Facebook, mata kita mesti mencari-cari arah ke ruangan notification. Wow!!!! Hari ni ada 30 friends request…Semalam ada 14.. Ramainya yang nak jadi kawan? Apa perasaan anda? Bangga dan gembira? Atau cool dan berlagak macho je? hehe… Kalau kenal terus approve je. Kalau tak kenal?….hmm…Mula la sesi tengok muka orang-orang yang teringin sangat nak jadi kawan kita tu..Haa, mamat ni boleh tahan jugak muka dia. Tengok orang lain pulak. Comel jugak budak ni.. Nak approve ke tak? Approve je lah.. Bila dah tak larat nak tengok satu-persatu, nak belek muka sorang-sorang akhirnya approve je semua. Kalau hari ni dah tambah 30 orang, maknanya dah ada 4573 orang kawan.. fuhhh… Tetapi hakikatnya tak sampai 50% pun yang kita betul-betul kenal..😛

Pernah tak anda terfikir? Buat apalah nak approve orang yang kita tak kenal. Untuk apa? Nak bagitau kat 1 dunia yang kita ada raaaaaamaaaaiiiii kawan? Atau kita sememangnya peramah dan suka berkawan dan kalau susah senang, harap kawan yang berlambak tu boleh tolong kita..😀

Setiap orang pasti ada sebab dan musabab kenapa mereka bertindak sedemikian. Rambut sama hitam, tapi hati lain-lain. Ramai juga rakan yang saya kenal menggunakan laman sosial seperti Facebook bagi mempromosikan perkhidmatan dan perniagaan mereka. Ada yang jual baju, jual tudung, biskut raya dan tak kurang juga yang menawarkan khidmat fotografi dan solekan untuk bakal pengantin. Mungkin wajarlah bagi mereka untuk meluaskan rangkaian sosial dan mendapatkan kenalan baru yang sedikit sebanyak dapat membantu meningkatkan dan memajukan perniagaan mereka.  Namun tak kurang juga dengan kisah yang ditipu dan dikhianati oleh rakan-rakan maya yang mereka anggap sebagai ‘sahabat’.

Tak salah kalau kita nak berkawan. Orang kata berkawan biar beribu, bercinta biar satu. Biar ramai kawan jangan ramai lawan. Yang penting kita tau batas-batas dalam berkawan. Kuantiti atau kualiti? Semuanya terserah pada pilihan bijak anda. Walaubagaimanapun kesedaran terhadap keselamatan ketika berada di alam siber perlu sentiasa disemat dalam ingatan kita.

till then, astalavista and  have a great weekend❤

Categories: Awareness, Facebook
  1. June 15, 2010 at 3:10 pm

    Entri best giler.. sgt bermanfaat kepada facebookian… atau apa2 laman sosial yg lain… gud info kucing tersepit…

    • kucingtersepit
      June 16, 2010 at 5:27 pm

      Thanks for you comment BeMie🙂 yup, saya pun harap entri ni sedikit sebanyak dapat memberi manfaat kpd semua especially facebookian, frendsterian n lain2..hehe.. sekadar berkongsi pandangan…🙂

  2. RoboCop
    June 15, 2010 at 6:20 pm

    i sgt setuju dgn kucing tersepit..ape yg kte sume patut buat..setiap 2-3 bulan sekali kte kne overhaul friends kte..yg mane agk2 kwn tempias2 tu remove je pn xpe..kdg2 update dorg ni je yg pnuhkn home screen kte..yg lg sakit hati klu org tag pic yg bukan2..nk remove x smpi hati..ape pendapat kucing tersepit??😀

    • kucingtersepit
      June 16, 2010 at 5:40 pm

      Thanks RoboCop🙂.. mungkin sebelum tu kite patut tapis dulu sape yg nak di approve dalam friend’s list kita. Tapis tu pulak bukan la dari segi paras rupa je kan, tapi selidik skit background org tu.kenal ke tak. Takut tersalah approve, tersalah langkah makan diri sendiri pulak. pendapat saya, kalau kite rasa tak selesa dengan gambar/content yg di tag tu better remove jelah.. kite pun ada hak kan..yg penting janganlah sampai memudaratkan diri sendiri🙂

  3. ket@mjLnLuRus
    June 16, 2010 at 12:31 pm

    add org yg kenal jek..tak kenal tanak add..bukan leh dpt duit pun..

  4. kucingtersepit
    June 16, 2010 at 5:45 pm

    Tq ket@m..🙂 hehe.. betul tu ketam..skarang ni macam-macam kes yg berlaku dalam dunia internet ni.. buatlah pilihan yg bijak. Tepuk dada tanya selera..

    • June 16, 2010 at 9:33 pm

      heheehe dah tepuk dah dada ni.. rase cam berselera plak nk makan ayam masak merah.. huhuh kene pegi cafe world ni..

  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: