Home > Awareness, Facebook > FB – kenangan yang merungkai perasaan

FB – kenangan yang merungkai perasaan

Hari nie dari awal pagi lagi saya cam semangat nak post kat sini. Just nak share a story hari nie yang membuatkan saya terfikir.. ada logiknya.. tak lain tak bukan pasal Facebook..

Sambil-sambil layan traffic pagi tadi saya on la radio yang ala2 suam tu.. tajuk ari nie.. “FB-patut ke tak patut express feeling online”.. ramai la yang bagi pendapat itu ini.. sambil drive tersengih2 gak saya.. (sure la driver kereta sebelah kata saya nie tengah buat skrip drama syok sendiri).. haha..  tak kisah la.. saya tak kacau orang ok.. sambil2 tu saya menjawab jugak apa yang caller2 tu merapu..

ada one caller yang menyentuh perasaan saya and buatkan saya terfikir kebenaran apa yang diperkatakan –

her friend ( we just address her as Ms FB ye) used to update her status every single day without fail.  This caller tak rapat pun dengan Ms FB nie .. just dia kata dia tak pernah miss tgk status Ms FB coz’ so sweet..  Setiap hari Ms FB akan meletakkan sebaris dua ayat yang berkisar tentang kasih sayang kepada keluarga, how she misses her daughter..  she can’t live without her husband and their child.. byk lagi la.. and even she posted a poem for her little girl..and that was 2 weeks before she passed away. (Terkedu seketika diriku…)

And even after 2 months Ms FB meninggalkan kita semua, ramai yang masih visit her FB and write on her wall.. Why?  Because the friend said, from Ms FB status, she shared with the world what “family” means to her.. and apa makna kasih sayang and by doing that, Ms FB meninggalkan kenangan buat semua… aduhhhh..touching betul!  Lepas tu saja je DJ2 radio tu buat saya sebak dengan lagu Salam Terakhir – Sudirman. Mujur hari nie saya pakai water proof mascara.. huhu..



Adeh.. berakhir episod sedih..

well friends,  nama pun ~internet~ dunia tanpa sempadan, any individual can post anything on the internet..  yang membezakan just kesedaran tentang keselamatan diri kita sendiri bila kita buat sesuatu.  FB nie ada baik ada buruk.  It depends on how kita gunakan dia.  Like Ms FB, dia meninggalkan kenangan macam tu utk ditatap setelah dia pergi.. but kita yang masih bernafas nie.. jangan pulak mengundang padah.  Selalu jugak tengok status kawan2.. ” on the way ke …. or.. “ala, boring la sorang2 kat rumah”.. itu ada potential jadi mangsa  tu!! Kenapa??

Penjenayah sekarang nie pun celik IT (jangan ingat kita je celik..hihi), so dia boleh gunakan  maklumat2 yang kita post tu untuk jalankan aktiviti tak sihat dia.. dah kata “on the way ke sst tempat”.. sah le tak de orang kat rumah kan.. apa lagi.. dia track la profile awak.. mana addressnye.. jalaaannnnn.  Nak pulak dia pandai teknik social engineering (like kawan kita ade sebut before this).. lagi la senang dia.. so kawan2, tepuk dada tanya minda (kalau tanya selera..alamatnya..hmmmmm..sendiri mau ingat la). Tanamkan budaya nak ambil tahu setiap benda yang ada dalam FB khususnya or any online activities you may have been involved in.. sebab kadang2 kita tak sedar kita bakal jadi mangsa dek kealpaan kita sendiri.. so stay safe online ya!!

Categories: Awareness, Facebook
  1. No comments yet.
  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: