Home > Uncategorized > Indon! Oh Indon!

Indon! Oh Indon!

Baru-baru ini berlaku satu insiden di perairan Malaysia dimana nelayan-nelayan Malaysia telah ditangkap oleh penguat kuasa maritim Indonesia. Dalam perjalanan mereka membawa tangkapan ini ke Batam, polis laut Malaysia telah berjaya memintas kumpulan ini mengakibatkan beberapa maritim Indon ditinggalkan dalam perairan Malaysia manakala yang lainnya berjaya lari kembali ke perairan Indonesia bersama nelayan-nelayan yang ditangkap. Insiden ini telah diselesaikan dengan cepat dan baik oleh kedua-dua kerajaan Malaysia dan Indonesia atas dasar kejiranan dan sekutu ASEAN. Walaubagaimanapun, rakyat Indonesia terus menghangatkan perkara ini dengan menuduh Malaysia melanggar kedaulatan negara mereka dan menganiaya pegawai-pegawai maritim Indonesia.
Demonstrasi dan keganasan terus berlaku terhadap kedutaan Malaysia dan syarikat-syarikat korporat negara di sana sehingga indon-indon ni sanggup membaling najis dan memijak, menconteng dan membakar Jalur Gemilang. Tak cukup dengan tu, dilumurkan pulak najis mereka pada bendera Malaysia.
Panas juga hati ni melihat gambar-gambar peristiwa tersebut. Aku dari bangku sekolah lagi, melalui pasukan-pasukan berunifom yang disertai, telah diajar untuk menghormati bendera kerana ianya melambangan maruah rakyat dan negara. Aku juga ada mengumpulkan bendera-bendera beberapa buah negara yang aku lawati dan aku simpan dengan baik. Walaubagaimanapun, bendera Indon tak ada dalam koleksi.
Persoalannya, yang orang-orang Indon marah sangat ni…tahu ke apa sebenarnya berlaku?…atau saja cari sebab aje nak gaduh?
Aku membaca penulisan-penulisan orang-orang indon di internet. Memang provokatif dan inflammatory. Inilah yang dimaksudkan dengan “the pen is mightier that the sword”. Internet telah memberi kebebasan kepada semua pihak untuk meluahkan perasaan mereka melalui penulisan dan tidak semua pihak ini berupaya memikirkan inplikasi negatif dari penulisan –penulisan tersebut.
Tulis ikut sedap hati aje…otak ada tak nak pakai…janji agenda peribadi dapat diketengahkan.
Memandangkan internet ini merupakan satu platform terbuka, pengguna-pengguna internet sepatutnya bertindak dengan matang dan sentiasa menulis dan meluahkan pendapat dengan beretika dan bertanggungjawap. Ini agak susah untuk dicapai memandangkan pengguna internet itu sendiri terdiri dari pelbagai lapisan umur dan latarbelakang pendidikan.
Aku melihat setiap penulisan sebagai mencerminkan penulis itu sendiri. Yang mencarut, mencaci dan memaki sememangnya berfikiran rendah, cetek dan berkemungkinan dididik oleh monyet. Mungkin mereka ini merasakan ‘hip’ dan ‘in-trend’ dengan tulisan sebegitu tapi bagi aku penggunaan bahasa-bahasa kasar dan kesat tu cuma akan memperkuatkan sikap defensive pihak yang ditujukan dan akhirnya macam bercakap dengan dinding. Penulisan-penulisan uncivilized sebegini tak ada kebaikannya.
Lagi satu aku merasakan penulis-penulis kurang matang ini mempunyai sifat penakut sebab mereka rasakan boleh bersembunyi di sebalik ‘anonymity’ dalam internet. Pakai nama palsu, alamat palsu, gambar palsu dan sebagainya terus membuat mereka merasa selamat untuk menjalankan aktiviti-aktiviti tidak bertanggungjawap ini. Sebenarnya internet anonymity itu tidak mutlak. Kalau nak dikesan masih boleh, cuma mengambil masa aje. Ialah kan… sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke bumi juga. Masalahnya mereka-mereka ni bila dah jatuh, mulalah terlolong-lolong, memekik mekik, menangis-nangis kata tak adillah, minta justice lah…siap boleh plead temporary insanity pulak.
Jadi akhir kata…bertamadunlah bila menggunakanlah internet untuk kesejahtertaan semua.

Jalur Gemilang dihina

Rakyat Indonesia menghina Bendera Malaysia dengan memijak dan melumurkan najis.

Categories: Uncategorized
  1. No comments yet.
  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: