Home > Awareness, Scam, Uncategorized > Selamat Hari Raya Aidil Fitri

Selamat Hari Raya Aidil Fitri

Diam tak diam, kita akan menyambut hari raya aidilfitri minggu depan. Cuma nak tanya, kita dah berjaya ker mengharungi sebulan berpuasa? Dah cukup ker ibadah sebulan ni. Harap-harap bukan la kita hanya menanggung lapar dan dahaga sahaja. Sekurang-kurangnya boleh la kita mengurangkan satu lagi tabiat buruk seperti tamak dan mementingkan kebendaan. Ni ada satu cerita.

Di zaman teknologi serba canggih ni, e-mel pun boleh di akses daripada telefon bimbit. Nampak macam posh la. Ye la anak-anak zaman siber ni.  Nak surf internet pun guna telefon, nak baca e-mel pun guna telefon dan nak telefon pun guna telefon bimbit. Erk … takkan guna tangan ye tak? ;-P

Dalam banyak-banyak e-mel yang kita dapat, pernah tak dapat e-mel announce kita menang something ker, kata ada orang nak transfer duit kat kita ker — apa-apa rasa tamak tu mesti akan datang. (ngata dulang paku serpih) takkan nak tolak duit juta-juta dolar kalau ada mat or minah kononnya datang dari negara Afrika dengan emel yang sangat sedih dan trajis kerana kematian suami atau ayah atau ahli keluarga terdekat, nak transfer duit dia dalam akaun simpanan kita. Silap hari bulan bila dah tumbuh ekor dengan tanduk, kita je la songlap… Bukan gitu? tepuk dada tanya selera!

The catch is, bila mamat ker minah ni akan minta data peribadi kita terutamanya  no akaun bank. Bila dah bagi no akaun, kita pun teruja sebab akan dapat duit banyak lepas ni kan. Dalam masa tengah teruja tu, datang lagi satu e-mel minta kita duit antara RM2,000 ke RM5,000, selalunya untuk lepaskan duit tu daripada badan tertentu yang memegang amanah harta tersebut. Apa sangat la RM5,000 untuk sesetengah orang. Tak lama lagi kan nak dapat duit juta-juta dollar kan! Dah transfer tu, kita didatangi lagi beberapa e-mel untuk minta lagi duit. Kononnya duit kali ni untuk mendapatkan kebenaran bertulis pengerusi badan tu la pulak… Ada je la alasan demi alasan. Sedar tak sedar, dah berpuluh ribu duit kita dah kena songlap. Duit berjuta dolar tu habuk pun tak nampak… Apa cerita tu? Cerita nya … kalau kita buat macam cerita di atas, kita dah kena Nigerian scam la! Kita dah kena tipu dengan ketamakan diri kita sendiri! Jadinya cuba la merdeka kan diri kita dari ketamakan.

Selamat Hari Raya Aidil Fitri.

Categories: Awareness, Scam, Uncategorized
  1. karipapvanilla
    September 7, 2010 at 5:09 pm

    selamat hari raya semua

  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: