Home > Awareness, Backup, Download, Information Security, Tips > Bro, habis semua dah musnah!!

Bro, habis semua dah musnah!!

Judul artikel ni adalah apa yang dituturkan oleh seorang kawan sekuliah sewaktu zaman universiti dulu. Kawan saya tu memang agak poyo dan dramatik. Lihatlah pilihan perkataannya – “musnah”. Sebenarnya, apa yang berlaku ialah kawan saya tu sedang merujuk kepada komputer peribadinya yang telah mengalami kerosakan atau lebih spesifik lagi, hard disk atau cakera kerasnya telah crash! Dalam komputer peribadinya tu terkandung segala macam maklumat, dokumen, fail MP3, gambar dan macam-macam lagi. Terus-terang saya cakap, saya taklah peduli sangat dengan kerosakan yang dialaminya tu kerana dia boleh dikategorikan sebagai pengguna komputer yang lalai dan tidak berhemah. Tapi lepas tu saya kena la peduli jugak. Sebabnya antara yang turut musnah bersama cakera kerasnya tu adalah salinan terkini fail MS Word bagi sebuah tugasan berkumpulan yang mana saya merupakan salah seorang ahlinya. Ya Allah! Habis laa. Semua ahli kumpulan dah pun submit tugasan masing-masing kepada kawan saya ni, termasuk saya (yang agak malang kerana sekumpulan dengan dia). Dan dia pulak dah gabungkan, edit dan perhalusi kesemua tugasan tu. Pendek kata, tugasan tu dah siap, mantap dan tunggu masa nak hantar kepada pensyarah saja. Semuanya gone kerana dia tak buat pula sebarang salinan baik dalam cakera liut (masa tu belum ada external hard disk atau thumb drive) atau pun CD. Pada masa tu saya rasa macam nak terajang dia agar terpelanting keluar dari tingkap dewan kuliah dan jatuh ke atas barisan motor pelajar di kawasan parkir di luar dewan. Biar dia rasakan erti “musnah” yang sebenar. Tapi saya batalkan niat saya tu. Astaghfirullah.. saya mengurut-urut dada dan menyabarkan diri. Saya batalkan niat saya tu apabila mengenangkan betapa tindakan saya tu kelak akan menyusahkan pemilik motor yang dihempap oleh this samdol of a friend itu nanti. Nanti kalau handle motor patah atau fork bengkok, kesian pula mereka nak menggantikannya. Anyway, apa yang saya nak sampaikan di sini ialah betapa pentingnya untuk kita senantiasa membuat salinan backup bagi sebarang fail penting yang disimpan dalam komputer peribadi. Jangan alpa dalam soal ni dan jangan anggap kerosakan perkakasan tidak mungkin berlaku. Jika anda menggunakan komputer baru, kemungkinan besar lambat lagi baru anda akan alami kerosakan perkakasan (walaupun tidaklah mustahil boleh berlaku) tapi ada juga ancaman virus dan malware yang boleh merosakkan sistem operasi (OS) komputer. Kalau jadi macam tu, hampir sama keadaannya macam PC rosak juga. Kebarangkalian untuk berlakunya kerosakan atau kehilangan data dalam komputer sentiasa ada. Oleh itu kita semua hendaklah sentiasa beringat. Rajin-rajinkanlah diri untuk membuat salinan backup fail penting dalam PC. Tapi janganlah simpan salinan backup tu dalam PC yang sama. Hari ni ada macam-macam media yang boleh digunakan. CD-RW pun murah. Pendrive pun tak sampai RM50. Kalau backup dalam external hard disk lagilah bagus pasal saiz simpanan lebih besar. Kalau fail yang nak dibuat backup tu dalam jumlah yang banyak, gunakan saja bermacam-macam perisian backup untuk membantu. Kebanyakan perisian ni boleh didapati secara percuma di Internet. Saya sendiri gunakan perisian FBackup untuk membuat salinan kesemua fail yang ada dalam folder My Documents komputer saya. Dengan menggunakan FBackup ni, saya boleh tentukan fail mana yang perlu dibuat salinan ke dalam external hard disk. Kalau saya nak copy and paste kesemuanya akan memakan masa. Jadi saya biarkan FBackup buat kerja salinan tu. Lebih menarik lagi, saya boleh jadualkan waktu FBackup perlu membuat salinan, misalnya setiap hari Ahad, pada jam 5 petang. Anda boleh muat turun perisian tu di sini dan cuba sendiri. Memang sangat-sangat mesra pengguna. Kalau anda dah cuba dan ada apa-apa komen, jangan lupa nyatakan dalam entri ni.

Akhir kata, buatlah salinan backup selalu. Tak rugi kita sentiasa beringat. Jangan jadi macam kawan saya tu. Entah manalah dia kerja sekarang ni. Kalau dia tak ubah juga perangai lalai dia tu, tak mustahil akan kena terajang dengan bos atau rakan-rakan sejawat pulak..😛

  1. No comments yet.
  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: