Home > Awareness, Internet > Siapa Bunuh Sosilawati??

Siapa Bunuh Sosilawati??

Selamat Hari Raya. Minggu ni baru mula kerja. Lambatnya nak masuk gear 2. Apatah lagi nak masuk gear 5 supaya produktiviti lebih laju… Ok la selak akhbar dulu… Tengok media mainstream mesti ada berita kes pembunuhan jutawan kosmetik Malaysia, Datuk Sosilawati Lawiya yang dibunuh dengan kejam bersama 3 rakan yang lain. Mungkin mereka bertiga ini berada di tempat yang salah, di masa yang salah bersama dengan orang yang salah (bukan la maknanya Datuk Sosilawati tak betul tapi kerana pada hari mereka bersama Datuk Sosilawati, mereka turut menjadi mangsa dan secara tak langsung terus masuk statistik (orang yang terbunuh).

Buka pulak internet. Macam-macam berita, analisis dan cerita berkenaan pembunuhan kejam Datuk Sosilawati. Aduih… kejamnya. Makin hari makin banyak pulak cerita terungkai yang mengaitkan tertuduh utama yang juga seorang peguam. Tapi sudah ditarik balik lesen guamannya oleh Majlis Peguam Malaysia. Agaknya dia ni memang samseng Banting…. Haaa… ini la dia yang sebenarnya saya nak kata kan. Kita ni suka buat spekulasi. Bukan tentu betul. Semua pembacaan kita pun kena tapis apa orang puteh kata self-censorship. Bukan sahaja bila kita baca tapi bila kita menulis. Kita mungkin ada niat yang baik. Ingin menyumbang kepada pembinaan bank maklumat yang sedia ada ini atau contributing to the pool of knowledge. Yang tak baiknya, adakah maklumat itu benar? Adakah maklumat itu tepat? Adakah maklumat itu tidak membahayakan sekiranya tersebar? Kalau betul, ada la jugak substance ini cerita hasil fantasi kita sendiri. Cuba bayangkan dia mungkin melibatkan nyawa seseorang boleh? Etika ni kadang-kadang sangat subjektif. Kalau dilihat dari perspektif kita, mungkin ia benar. Tapi ia tidak mungkin benar kalau dilihat dari sudut yang lain. Tak membantu langsung… hampeh! Bahkan menyebabkan penyiasatan kes ini terganggu. Penggunaan Internet pun ada jugak etikanya. Itu kita cerita lain kali. Tapi yang paling penting, apa yang ditulis mungkin akan menyebabkan sesuatu yang serius berlaku… Cuma untuk ingatan diri sendiri “What is right to you might not be right to others”! Buat la self-censorship sikit. Baca hanya untuk pengetahuan dan selective reading, pilih apa yang boleh dibaca dan apa yang tidak perlu dibaca mahupun untuk diingati. Jangan melulu percayakan media kita. Kita harus buat pertimbangan sendiri. Make sure it is the right one!

Categories: Awareness, Internet
  1. No comments yet.
  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: