Home > Awareness, Information Security, Internet > YAB Perdana Menteri menghidapi penyakit cacar sebelum pilihanraya kecil DUN Galas dan Parlimen Batu Sapi

YAB Perdana Menteri menghidapi penyakit cacar sebelum pilihanraya kecil DUN Galas dan Parlimen Batu Sapi

Sebelum tidur Malam Ahad lepas, sempat juga saya menonton berita akhir di TV3. Berita mengenai YAB Perdana Menteri menghidap penyakit cacar atau chicken pox. Beliau mula merasakan simptom berkenaan semasa menghadiri Sidang Kemuncak Asean ke 17 di Hanoi, Vietnam. Beliau diminta berehat daripada semua majlis rasmi dan berada di khalayak ramai.

Berita lanjut ada disini dan disini juga di sini. Semoga beliau akan sihat semula dan boleh menjalankan tugas rasmi kerajaan dalam masa terdekat ini dalam menghadapi pilihanraya kecil DUN Galas di Kelantan dan Parlimen Batu Sapi di Sabah.

Bayangkan jika kita sakit dan tiba-tiba koma. Badan kita disambungkan kepada alat bantuan pernafasan yang disambungkan kepada satu sistem jaringan komputer bersepadu, di mana semua maklumat peribadi daripada jenis darah kita samada O, A atau B atau AB dengan resus positif atau negatif hinggalah ubat yang sedang kita ambil mengikut jadual setiap hari kepada ubat yang boleh menyebabkan kita alergi. Kemudian bayangkan pula, jika peralatan penjagaan kesihatan ini digodam oleh pengodam yang ditaja untuk merosakkan atau dengan tujuan suka-suka. Seramkan. Oleh itu, jangan lupa amalkan penjagaan keselamatan ICT yang sempurna.

  1. No comments yet.
  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: