Home > Awareness, Internet > Someone Hacked My TV

Someone Hacked My TV

Sejak dua minggu lepas, jalan ke rumah saya sibuk dengan kerja-kerja pemasangan paip. Di sebelah kiri, paip berdiameter lebih kurang 1 kaki berwarna putih sedang dipasang. Saya kira ini paip air. Di sebelah kanan pula, paip berwarna hitam berdiameter setengah kaki sedang dipasang. Paip apa pula ni? Adakah untuk memuatkan kabel gentian optik? Apakah ini bermakna high speed broadband (hsbb) akan datang ke tempat kami tidak lama lagi? Menurut isteri saya yang tajam daya pemerhatiannya, staf TM kelihatan membuat pemantauan terhadap kerja-kerja pemasangan paip tersebut. Saya bertanya kepada seorang jiran yang arif dengan pembangunan di kawasan kami mengenai perkara ini. Beliau mengiyakan telahan saya.

Ini satu perkembangan yang menarik. Saya mencari maklumat melalui Internet mengenai hsbb di kawasan saya. Rupa-rupanya perkhidmatan hsbb dijangka akan sampai ke kawasan kami pada Penggal Ketiga 2010. Apakah kesan hsbb kepada kehidupan saya, keluarga saya, dan jiran-jiran saya?

Apa yang saya maklum, hsbb menawarkan kelajuan muat naik dan muat turun dari 5 Mbps hingga ke 20 Mbps. Selain boleh memuat turun fail yang besar, video berkualiti DVD dan klip video musik dengan kadar yang pantas, kita juga boleh mendapat perkhidmatan TV melalui jalur lebar (IPTV) dan video-on-demand.

Bersambung…

Categories: Awareness, Internet
  1. No comments yet.
  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: